New Form/Borang BaruSubmit/Hantar

MPOB dalam usaha mempertingkatkan lagi keutuhan pengurusan dan etika kakitangannya. Sehubungan itu, anda dialu-alukan membuat aduan/komen/cadangan dengan mengisi borang di bawah ini.


Category :
Kategori:
Hebahan Maklumat Perangkaan
Name:
Nama:
Thomas Anak Nawin
Designation:
Jawatan:
Field Conductor
Company Name:
Nama Syarikat:
Suburmas Plantations Sdn Bhd
Company Background:
Latarbelakang Syarikat:
Oil Palm Plantations
Address:
Alamat:
P.O.Box 730,
97008 Bintulu, Sarawak.
E-mail Address:
Alamat e-mel:
thomasnawin@yahoo.com
Complaints/ Comments/ Suggestions:
Komplen/ Komen/ Cadangan:
Tuan yang dihormati,

Saya seperti nama yang di atas mewakili penduduk kampung Rh. Bak, Sebeliau Lemanak, 95800 Engkilili, Sri Aman, Sarawak ingin mengetahui dengan lebih jelas lagi berkenaan keputusan permohonan skim bantuan anak benih sawit yang telah pun kami pohon setahun 8 bulan yang lepas iaitu pada bulan March 2008 melalui MPOB Sessang.

Kita ada menerima surat daripada pihak MPOB Sessang yang menyatakan lawatan akan dibuat ke kampung untuk pengesahkan tanah tetapi sampai sekarang tiada satu lawatan dibuat. Kita ada juga berhubung dengan pihak MPOB Sessang, tetapi mereka memaklumkan yang kita telah pun mendapat skim tersebut dan cuma menunggu arahan daripada pihak atasan di MPOB Pusat di Kuala Lumpur sama ada meluluskan atau tidak permohonan tersebut.

Jadi, berapa lama lagi kah kami harus menunggu untuk keputusan tersebut di buat ? Kebanyakkan penduduk amat mengharapkan bantuan seumpama ini bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

Saya berharap pihak tuan dapat merujuk perkara ini kepada pihak atasan untuk maklum balas berhubung perkara tersebut secepat yang mungkin. Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amatlah kami harapkan dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

"KONSEP 1 MALAYSIA"

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,
Thomas Anak Nawin.
Attachment file, if any :
Lampiran fail, jika ada :