New Form/Borang BaruSubmit/Hantar

MPOB dalam usaha mempertingkatkan lagi keutuhan pengurusan dan etika kakitangannya. Sehubungan itu, anda dialu-alukan membuat aduan/komen/cadangan dengan mengisi borang di bawah ini.


Category :
Kategori:
Bayaran Dalam Tempoh 30 Hari
Name:
Nama:
LIM SENG SOONG
Designation:
Jawatan:
-
Company Name:
Nama Syarikat:
-
Company Background:
Latarbelakang Syarikat:
-
Address:
Alamat:
12, JALAN INDAH 3,
TAMAN INDAH, SEROM 6,
84410 SG. MATI, MUAR, JOHOR
E-mail Address:
Alamat e-mel:
hyick_85@yahoo.com
Complaints/ Comments/ Suggestions:
Komplen/ Komen/ Cadangan:
Saya dengan ini ingin membuat aduan berkenaan dengan bayaran pakej rangsangan ekonomi ke2 yang telah diluluskan kepada saya. Saya difahamkan bahawa saya layak untuk menerima bayaran bagi pakej ini sebanyak RM4980.00.

Merujuk kepada perbualan talian telefon saya dengan Cik Maria di talian 03-87694400 ext 4924 pada 13/01/2010, cek saya yang berjumlah RM4980.00 telah dikeluarkan pada November 2009 dan telah dihantar melalui courier service Nation Wide pada 23 November 2009. Mengikut Cik Maria, dokumen saya telah berada di NationWide cawangan Tangkak, tetapi setelah saya menghubungi NationWide cawangan Tangkak, pegawai di sana menyatakan dokumen tersebut telah dipulangkan kepada MPOB sudah lama atas arahan pihak MPOB. Maka, Cik Maria mengatakan bahawa ingin menyemak balik dokumen saya dan akan menghubungi saya atas perkara ini.

Tetapi sampai sekarang saya masih belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak MPOB atas ketidak terimaan cek saya. dan saya cuba hubungi Cik Maria tetapi tidak berjaya di mana dia tidak menjawab telefon saya atas sebab dia telah pergi ke bank. Alasan ini asyik digunakan apabila saya cuba menghubungi Cik Maria.

Dengan ini, saya berharap kes saya boleh mendapat perhatian dan tindakan selanjutnya daripada pihak MPOB. Amount RM4980.00 bukannya satu amaun yang kecil bagi saya dan kehilangan cek yang dihantar juga bukan satu isu yang kecil, sebaliknya ia akan menjejaskan imej MPOB. Selain itu, begitukah sikap pegawai MPOB semasa menguruskan masalah pelangan? Di mana perginya cek yang telah dikembalikan oleh Nation Wide?

Berharap pihak MPOB dapat menyiasat kes saya dan memberikan maklum balas kepasa saya secepat yang mungkin.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


sekian,


Yang Benar,

Lim Seng Soong
Tel: 017-6039858
Attachment file, if any :
Lampiran fail, jika ada :