| | Cik Umi,
MPOB telah membangunkan portal e-benih sawit di laman sesawang MPOB www.mpob.gov.my untuk membantu pengeluar biji benih, pengusaha tapak semaian, estet dan pekebun kecil menjalankan urusniaga bahan tanaman sawit. Portal ini akan memberikan maklumat bekalan bahan tanaman sawit kepada pengguna portal serta mengeratkan hubungan yang lebih harmoni untuk kemajuan industri sawit negara.
Jika ingin membeli biji benih disarankan untuk mengikuti kursus penjagaan anak benih atau mendapatkan khidmat nasihat dari Pegawai TUNAS MPOB. Sila layari laman sesawang kami http://www.mpob.gov.my/en/component/content/article/153-demo-content/1116-senarai-nama-pegawai-tunas
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut
Puan Mazrian bt Musa - No Telefon 03-78022910, E-mail : mazrian@mpob.gov.my
Sekian, terima kasih.
Hisamuddin Mohd Aspar
Unit Khidmat Nasihat Teknikal
MPOB
|