tuan, saya ingain bertanya tentang perkara-perkara dibawah

ini berdasarkan
Pelancaran KBT Sabah & Penyampaian Kupon Bantuan Anakbenih Kelapa Sawit
Berkualiti UCAPAN oleh Y.B DATUK PETER CHIN FAH KUI, MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI DI MAJLIS PELANCARAN KELOMPOK BAJA TERSELIA SABAH &
PENYAMPAIAN SKIM BANTUAN ANAK BENIH SAWIT BERKUALITI KEPADA PEKEBUN KECIL BAHAGIAN SANDAKAN PADA 11 JANUARI 2007 (KHAMIS), JAM 10.15 PAGI BERTEMPAT DI DEWAN MASYARAKAT BELURAN, SABAH.

antara ekstrak ucapannya "Pelaksanaan skim bantuan anak benih dapat membantu meringankan beban pekebun kecil menggunakan anak benih sawit baka tulen yang berkualiti bagi pengeluaran hasil buah sawit yang tinggi dan seterusnya meningkatkan taraf sosio-ekonomi. Pelaksanaan skim ini dijangka dapat membantu hampir 2,000 pekebun kecil melibatkan 8,000 hektar kebun sawit. Bantuan ini terbuka kepada pekebun kecil yang mempunyai kebun kurang 5 hektar dan pendapatan di bawah RM600 di Sarawak dan RM690 di Sabah yang dikelolakan oleh MPOB."

saya ingin tahu adakah saya boleh memohon bagi bantuan diatas? saya ada tanah seluas 5 ekar yg saya nak tanam semula. bagaimana caranya?

yang kedua pula : "Saya juga ingin memaklumkan bahawa Kementerian telah memperuntukkan dana sebanyak RM29.5 juta untuk bantuan sistem tanaman dua baris dan integrasi tanaman atau ternakan dengan tanaman sawit. Pekebun kecil yang mengusahakan sistem tanaman dua baris layak mendapat insentif RM500 sehektar, manakala mereka yang mengadakan integrasi tanaman atau ternakan berpeluang menikmati bayaran insentif RM1,500 sehektar. Oleh yang demikian, saya menggesa pengusaha ladang dan pekebun kecil supaya berhubung dengan pejabat MPOB di seluruh negara untuk mendapatkan penjelasan bagi permohonan insentif yang disediakan dan mendapatkan khidmat nasihat mengenai teknik penanaman dan pengurusan ladang sawit yang sempurna."

saya juga ingin tahu bagaimana saya ingin mendapatkan dana bantuan ini jika saya layak memohon. kalau tak dapat memohon tak per la. tapi kalau tahu terpaksa ler.

just want some info. thank u
For more information, kindly contact :- 
e-mail: tasenq@mpob.gov.my
E-mel tuan berkenaan perkara diatas adalah dirujuk.

Tuan boleh terus menghubungi pegawai Unit Pengembangan MPOB di Bandar Baru Bangi untuk memperolehi khidmat tersebut.
Sila hubungi :-
1. Hj Khairuman e-mel
khairuma@mpob.gov.my
2. Hj Idris Omar e-mel idriso@mpob.gov.my
3. Hj Zulmanaf  e-mel zulmanaf@mpob.gov.my
4. Hj Esnan Ghani e-mel esnan@mpob.gov.my

Sekian, terima kasih.

MOHD MOKMIN BAHARI
Unit Khidmat Nasihat Teknikal MPOB