Salam Sejahtera.
Saya baru nak berkecimpung menanam kelapa sawit persendirian, walaupun beberapa tnh peninggalan orangtua telah diusahakn oleh pihak ketiga.
Selama 3 tahun yg lepas, setiap 2 minggu saya balik ke kampung dgn hasrat berkongsi ilmu/pengalaman , menjana kesedaran baru utk masyarakat sejagat.

Saya berpendapat
1. Masalah/cabaran yg saya dengar rata2 dan yg ditimbulkn diPersidangan Kebangsaan 2014, masih berlaku berluasa
2. cara bantuan MPOB ke Pekebunkecil(PK) Persendirian seharusnya mengambil kira matlamat menjana kebahgiaan sekeluarga.

Mungkin cara2 nya;
#1.i memberi insentif/pengiftirafan (dlm portal) bagi peniaga/kilang yg menerima terbyk hasil gred A&B dari PK;
ii. menentukn peniaga terima hasil HANYA dari PK yg brlesen (keluarkn sim kad yg boleh terus emel pej MPOB utk pantauan) - ini akan atasi kes2 curi yg masih berlaku walaupun hargakini FFB masih rendah.

#2.i skim yg ada skrg baik utk mereka seperti saya yg baru nak jlnkn tanaman sawit. Tetapi negara/MPOB harus juga tekankn kesinambungan kpd generasi muda. Buatlah usaha sawit tak perlu guna kederat yg byk (macam alat 'Cantas') dgn menambah 'Skim Bantuan Kejenteraan' - mini traktor siap dgn gerabak dan alat kutip buah. Grant traktor caveatkn kpd pengeluar dana, maka tak boleh bertukarmilik tanpa kebenaran.
ii. Malangnya NAFAS mengimpot jentera 45-80hp yg biasa dgunakn oleh ladang besar. Kami hanya perlu 20-30hp. Ini meringankn kerja penyelenggaraan tanah dan boleh juga menjana kemahiran hiliran - service/repair & spareparts.
Kemudahan PPeladang amat2 terhad / Bank perlu warisan berkeinginan mengambilalih.
iii. Selagi PK/sebaiknya secara kelumpuk, tak dpt menikmati pemodenan bidang pertanian, maka tag line "Pertanian satu Perniagaan" dan "Tranformasi" jadi impian semata2.

Klau kekangan ini boleh diatasi, maka baru berbaloi saya menanam klon AA Hybrida yg OER >25% dan berat setandan sampai 30kg.

Terima kasih. Semoga Allah berkati kerja murni kita semua.
For more information, kindly contact :- 
e-mail: tasenq@mpob.gov.my
En Mohd Mahiyudin,

Emel tuan bertarikh 25 Oktober 2015 adalah dirujuk.

Terima kasih diatas cadangan dan pandangan tuan untuk meningkatkan kesejahteraan pekebun-pekebun kecil sawit.

Pihak MPOB sememangnya telah memberikan pengiktirafan/insentif kepada peniaga/pengilang-pengilangyang mencapai hasil perahan yang baik. MPOB juga telah menetapkan setiap penjual/pembeli buah sawit seharusnya berdaftar dan mempunyai lesen dari MPOB.

Cadangan tuan berkaitan 'skim bantuan kejenteraan untuk pekebun kecil'" adalah baik, akan tetapi ianya memerlukan perbelanjaan yang besar untuk pelaksanaan dan pemantauannya. Walaubagaimanapun, untuk membantu pekebun kecil, MPOB telah dan sedang melaksanakan Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (STBSPK) dan Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (STSSPK).  MPOB juga telah melaksanakan Skim Bantuan Baja Sawit Pekebun Kecil (SBSPK) untuk meningkatkan produktiviti buah sawit di kalangan pekebun kecil.

Tuan juga boleh melayari laman sesawang MPOB untuk mendapatkan keterangan lanjut seperti di bawah ini:-


http://www.mpob.gov.my/en/component/content/article/153-demo-content/7873-sistem-skim-insentif-tanam-semula-sits-2015


http://www.mpob.gov.my/en/component/content/article/153-demo-content/2438-skim-bantuan-baja-sawit-untuk-pekebun-kecil-sbspk

http://www.mpob.gov.my/images/stories/pdf/2014/2014_tbspk.pdf

MPOB mengucapkan TAHNIAH diatas minat tuan menceburi sektor penanaman sawit. Semoga tuan terus berjaya di dalam industri ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Hisamuddin Mohd Aspar
Unit Khidmat Nasihat Teknikal
MPOB
Tel : 03-8769 4526