selamat pagi dan salam sejahtera

saya sebagai pekebun kecil ingin membuat 2 pertanyaan.
1) saya dimaklumkan bahawa pekebun kecil perlu mendapatkan lesen menjual sawit. saya telah cuba mengisi borang secara online, namun saya mendapati sedikit kekeliruan berkaitan "pembeli". perlu kah saya ke kilang berhampiran untuk mendapatkan butiran yang diperlukan di dalam borang tersebut/

2)saya berminat untuk menyertai kursus neseri yang akan diadakan di wilayah sabah. di mana saya perlu membuat pendaftaran?

keprihatinan tuan amat saya hargai.

sekian, terima kasih.
For more information, kindly contact :- 
e-mail: tasenq@mpob.gov.my
Encik Mohd Hafiz,

Kami syorkan tuan mengubungi terus pegawai yang tersenarai dalam laman web MPOB tersebut atau  Sila berhubung terus dengan pegawai-pegawai kami di Wilayah Sabah 088- 235 281.

Tuan juga boleh membuat applikasi menyertai kursus nurseri melalui laman web kami.

Terima kasih.

MOHAMED RAZALI MAHIDIN
Unit Khidmat Nasihat Teknikal MPOB