Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Saya telah membeli anak benih sawit dari nursery yang berlesen untuk di tanam pada tahun 2007.Dan sekarang saya hendak menjual hasil tersebut kepada pihak yang berlesen untuk membeli buah sawit tersebut. Saya ada pertanyaan tentang lesen untuk pekebun kecil dan lain-lain:-
1. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon mendapatkan lesen bagi pekebun kecil menjual buah sawit tersebut dan berapa lama proses kelulusan diberikan?
2.Berapakah jumlah bayaran yang dikenakan dan untuk tempoh berapa lama sah laku lesen tersebut?
3. Di manakah saya mendapatkan baja MPOB F4 yang bagi kawasan di Miri, Sarawak.
Sekian. Terima kasih
t.t
(ABDUL RAHMAN BIN KASSIM)
For more information, kindly contact :-
e-mail:
tasenq@mpob.gov.my
En Abdul Rahman,
Sila layari laman web kami
www.mpob.gov.my
dan lihat prosedur memohon lesen di sana. Tuan boleh juga cuba menghubungi pejabat wilayah Sarawak di talian 085 414166/ 082 342 871/ 082 484 051 (En Yakup Ibrahim/ En Sulim a/k Lumong untuk keterangan lebih lanjut.
Terima kasih,
MOHAMED RAZALI MAHIDIN
Unit Khidmat Nasihat MPOB