Tuan,
Saya ingin bertanya apakah maksud minyak sawit mentah dan minyak isirong kelapa sawit.
Saya sebagai penanam sawit ,jika saya memasarkan sawit terus kekilang adakah hasil sawit saya berdasarkan 2 faktor tersebut.
Harap tuan dapat terangkan 2 faktor tersebut.
For more information, kindly contact :- 
e-mail: tasenq@mpob.gov.my
En Mohd Akhir,

Terima kasih kerana menggunakan laman web kami untuk memperolehi maklumat.

Minyak sawit mentah adalah minyak yang diperah dari bahagian sabut biji sawit, manakala minyak isirong kelapa sawit adalah minyak yang diperah dari isirong (iaitu bahagian yang diperolehi selepas dipecahkan tempurung).

Harga buah sawit dikira berdasarkan kadar perahan minyak sawit mentah dan tidak melibatkan minyak isirong.

Terima kasih.

MOHD MOKMIN BAHARI
Unit Khidmat Nasihat Teknikal
MPOB