Saya pernah memohon biji benih dari MPOB dulu, memandangkan proses penglulusan mengambil masa yang lama dan memandang tanah saya itu kosong jadi saya telah membeli benih dari orang yang sudah mendaftar dengan MPOB. Sekarang kelapa sawit sudah mengeluarkan hasil. Penjualan hasil kalapa sawit saya di bawah nama orang. Permohonan yang menjadi penantian telah diluluskan oleh pihak MPOB,
saya pula tiada tempat lagi mahu menanam benih yang baru. Yang saya mahukan
ialah lesen di bawah nama saya sendiri supaya senang mejual hasil kelapa sawit saya.
Pertayaan:
1) Bagaimana saya mahu memohon lesen dengan tidak memohon benih yang baru?
2) Dapat kan saya menjual hasil kelapa sawit yang sedia ada dibawah kelulusan
lesen yang saya baru dapat?
For more information, kindly contact :- 
e-mail: tasenq@mpob.gov.my
Ms Emilia,

E-mel saudari berkenaan perkara di atas adalah dirujuk.

1. Pengeluaran biji benih MPOB amat terhad. Kami agak pessimis dapat memenuhi permintaan kurang dari 2 tahun. (Dahulunya memerlukan masa yang lebih lama). Kami adalah badan penyelidikan, bukan pengusaha biji benih. Oleh itu, kami memberi banyak lesen kepada pengusaha SME di mana saudari telah mendapat benih sawit.

2. Saudari boleh menjual buah sawit kepada pembeli berlesen atau ke kilang sawit (mill).

3. Saudari juga boleh mendaftar ladang sawit dengan MPOB dengan mengisi borang tertentu yand boleh didapati dari laman web MPOB.

4. Lesen membeli biji benih sawit yang saudari ada sekarang boleh lah saudari gunakan untuk membeli biji benih sawit MPOB dari stesyen MPOB terdekat. Benih ini boleh si tanam bersulam di ladang sekarang bagi menggantikan pokok-pokok yang kurang baik atau membuat tanaman semula atau di tanah lain.

Sekian, terima kasih.

MOHAMED RAZALI MAHIDIN
Unit Khidmat Nasihat Teknikal
MPOB